Hari ini saya mendapat balik 2 kertas ujian iaitu Matematik Tambahan dan serta Fizik. Keputusan Fizik saya sangat mengecewakan termasuklah keputusan Moral saya yang telah dibagibalikkan pada minggu yang lepas. Ini dapat menjadi sesuatu bukti bahawa saya tidak belajar dalam mata pelajaran tersebut dan dapat menginsafkan saya supaya menumpukan perhatian dalam pelajaran saya.
Sepatutnya, hari ini saya haruslah berbincang tentang isi-isi untuk ujian lisan BM yang akan diuji pada keesokkan hari. Saya telah berbincang kebanyakkannya dengan Iqbal dalam perpustakaan sekolah sebelum kami pergi ke Sabah Kafe untuk makan petang. Selepas makan petang, Iqbal pun mengganti Cikgu Wong Kung Kui untuk pergi ke Rumah Danson kerana minggu ini kami ada Sukan Tara... Sepatutnya saya boleh balik ke rumah untuk belajar Sejarah yang mempunyai ujian pada keesokkan hari selepas Iqbal pergi ke Rumah Danson tetapi saya yang malas itu telah menyebabkan saya untuk berada dalam sekolah dan bergosip dengan kawan saya Amanda Loonan, Hua Yuann, Carine Kon, Loh Wei Lek seta Eugene Sim...
Saya telah menghabiskan masa saya dengan melakukan perkara yang tidak begitu berfaedah serta telah mengorbankan masa sepatutnya digunakan untuk belajar Sejarah... Amat mengecewakan...
Lepas itu, saya mendapati kawan yang bijaksana saya, Manveer belum balik, saya pun bertanya bahawa bolehkah saya ikut keretanya. Kawan yang baik itu pun bersetuju untuk menghantar saya balik ke rumah. Apabila saya pulang, ibu menasihati saya supaya mandi awal kerana Guru Bahasa Jepun saya akan datang ke rumah saya untuk berjamuan bersama-sama dengan kawan bapa dan dengan keluarga saya... Selepas jamuan tersebut, masa sudah bernyata: Pukul lapan setengah... Saya pun menulis blog ini selepas guru saya pulang kerana saya ingin belajar Sejarah saya...
Saya akan menduduki dua ujian pada hari keesokkan, Sejarah dan Matematik... Saya berharap agar saya dapat mendapat keputusan yang baik dalam ujian tersebut serta ujian yang akan datang kerana saya mempunyai cita-cita yang "B-E-S-A-R" yang haruslah saya capai. Oleh itu, saya haruslah belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita tersebut kerana saya telah dinamakan "Lagenda"... Saya BOLEH!!! (Haraplah kawan-kawan dapat menyokong saya... Terima kasih...)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Saya akan sokong awak!!!
Post a Comment