Tuesday, February 26, 2008

Esok adalah hari sukan SMK St.Columba...

Hari ini amatlah bosan kerana kebanyakan kawan saya terlah pergi ke padang MMC untuk bersiap sedia untuk hari sukan pada keesokan hari.
Saya tidak puas hati kerana selepas hari sukan ini, kami tidak mendapat sehari cuti... tersangat tidak adil kepada peserta serta pangawas-pengawas yang mengorbankan masa mereka untuk menyediakan barang-barang yang diperlukan. "Ketidakpuashatian" yang kedua ialah selepas hari sukan ini (Kejohanan Olahraga Ke-53), kami akan menghadapi Ujian Berkala iaitu pada minggu hadapan, 3 Mac 2008.
Selain itu, saya juga berasa amat kecewa kerana kawan-kawan saya telah mengorbankan masa mereka untuk membuat roket untuk dilancarkan sebagai satu perasmian dalam hari sukan tersebut. Kawan-kawan saya yang mempunyai hati yang ikhlas untuk membuat roket yang terbaik telah mengorbankan masa mereka sepanjang pagi pada hari ini tetapi keputusan cikgu ialah membatalkan persembahan pelancaran roket ini. Kawan-kawan saya amat kecewa, saya pun berasa kecewa walaupun saya terlibat dalamnya. Pembatalan ini adalah untuk mengelakkan Dato' Lee salah faham bahawa kami menyokong DAP.
Sebenarnya, pelancaran roket ini boleh digelar sebagai aktiviti sekolah, pelancaran roket ini juga merupakan salah satu ko-kurikulum. Saya dan kawan saya tidak faham tentang kaitannya dengan Pilihan Raya... Kami sebagai pelajar, tidak dapat membuat apa-apa pengundian tetapi kenapa kami dapat disalahfaham sebagai penyokong DAP?? Pelik betul orang dewasa kini...

1 comment:

Mandy said...

memang sangat pelik... =.=

eh, mr sii, why u wanna write in 4 languages ah...

and pls pls add a chat box le =)