Sebenarnya hari ini kami akan menduduki ujian topikal sejarah tetapi Cikgu Irene tidak hadir. Saya yang belum memahami Bab 1 Sejarah Tingkatan 5 berasa syukur apabila hari ini tidak ada ujian sejarah ini oleh itu saya menggunakan 2 masa sejarah (yang sebenarnya digunakan untuk ujian) untuk belajar Bab 1 yang belum saya ulang kaji.
Lepas itu, kami telah menduduki ujian topikal untuk Bab 2 Matematik Tambahan Tingkatan 5... Oleh sebab kami hanya dibenarkan untuk menggunakan 1 masa sahaja untuk menjawab kertas ujian tersebut, maka saya berasa panik... Saya boleh terasa tangan saya sedang berpeluh sejuk. Akhirnya saya menyiapkan kertas tersebut yang menpunyai 4 soalan tetapi saya tidak ada keyakinan untuk mendapat markah yang baik untuk kertas yang tersebut... Saya sepatutnya belajar tentang bab tersebut dulu sebelum ujian ini tetapi sudah lambat untuk berinsaf...
Saya dengan kawan saya pun telah menerima ujian Bahasa Cina lagi dalam kelas tambahan Bahasa Cina... Ujian itu adalah tentang Bahasa Cina Klasik (Wen Yan Wen). Ujian itu boleh dikatakan amat susah untuk saya kerana saya tidak faham apa yang telah dituliskan... Turunlah keyakinan saya sendiri lagi~~ Sienzzz...
Esok adalah Hari "Valentine"... Haha~ Oleh itu, kelab-kelab seperti Leo dan Persatuan Bulan Sabit Merah telah berkumpul untuk membungkuskan coklat-coklat atau gula-gula yang telah ditempah untuk diberikan kepada para pembeli pada hari esok... termasuklah saya yang menyertai Kelab Leo yang diketuai oleh Pengerusi Law Zhi Chiat dan Penganjur program Jualan "Valentine" ini, Teng Mee Ming. Saya telah mengorbankan masa tuisyen Matematik Tambahan saya untuk "Program Penbungkusan " ini tetapi kami hanya membuang masa itu sia-sia sahaja dengan bercakap sesama kawan dan berlepak-lepak... disebabkan kami telah menjadi senior dalam Kelab Leo ini dan tugas kami adalah mengawas junior-junior kami yang membungkus dan menulis "surat cinta" itu...
Walaupun kami hanya seorang pelajar sahaja tetapi remaja atau generasi muda kini gemar "menyambut" hari 'Valentine' tersebut dengan mengirim coklat-coklat, kad-kad melalui kelab-kelab dalam sekolah... Pelajar-pelajar telah lupa akan tugas mereka sebagai pelajar iaitu belajar baik-baik atau sungguh-sungguh untuk memajukan negara Malaysia ini tetapi tabiat ini telah diterima oleh masyarakat kerana ini adalah salah satu "revolusi" dalam budaya-budaya sebagai seorang pelajar... Oleh itu, tidak salahlah pelajar menyambut hari sebegini...
"Valentines' Day" akan datang, iaitu pada hari esok... Tengoklah ada apa-apa yang akan berlaku kepada kawan-kawan di sisi saya... Akankah mereka mendapat hadiah-hadiah oleh para peminat mereka? Adakah mereka berminat kepada orang lain... Inilah kehidupan sebagai pelajar dalam zaman yang 'amat' moden ini...
Selamat Hari 'Valentine'... (Bukan yang Final Fantasy itu ar~)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment