Thursday, January 31, 2008

Yeah... Lepas hari esok, cuti Tahun Baru Cina...

Pagi ini, ibu saya menghantar dua orang jiran ke sekolah kerana ibu bapa mereka pergi ke Sibu...
Hari ini sama seperti hari yang lain... Tugas yang sama... kawan baik yang berjumpa setiap hari... Guru-guru yang sama... Saya berasa sangat bersyukur kerana mendapat banyak kawan sebegini serta guru-guru yang sangat bimbang akan keputusan saya...
Petang hari ini, saya telah menghabiskan masa saya membuat perkara yang sia-sia sahaja... Orang senantiasa akan menyesal terutamanya selepas masa sudah tamat... Pengurusan masa saya masih belum kukuh lagi... Saya seharusnya menyiapkan kerja yang patut dilakukan sebelum menghabiskan masa dalam kegiatan lain...
Saya berharap agar saya akan menguruskan masa dengan baik pada masa depan demi "mencerahkan" masa depan saya yang bercita-cita besar... Saya akan berdoa agar saya dapat menguruskan masa saya dengan cekap dan mendapat keputusan yang cemerlang...
Itu sahaja untuk hari ini...
"Sekian, terima kasih..."

1 comment:

Joan said...

-_____-"
bo ua kong.