Sunday, January 27, 2008

Mencuci kereta sehingga memecahkan 'rekod' saya...

Hari ini saya bangun awal kerana saya ada tuisyen Bahasa Melayu pada pukul 8 pagi sehingga 9.30 pagi. Bapa saya pun menghantar saya ke rumah Cikgu Wong untuk tuisyen tersebut.
Selepas tuisyen, saya pun pulang ke rumah untuk membuat persiapan Tahun Baru Cina.
Bapa menolong menjaga kereta kawannya (Toyota Land Cruiser, VX Limited) selama 3 hari 2 malam mulai hari Jumaat, 25 Januari 2008... Saya disuruh untuk mencuci dua buah kereta sendiri sahaja tetapi orang yang sibuk seperti saya ini tidak tahan tengok kereta kawan bapa yang sangat kotor itu, maka cucilah kereta itu... Saya telah memecahkan rekod sendiri yang mencuci tiga buah kereta sekaligus! Saya berasa gembira kerana memecahkan rekod saya serta membantu kawan bapaku...
Selepas memcuci kereta, saya pun mandi terus selepas makan petang saya disebabkan saya ada tuisyen subjek Kimia lagi pada petang hari tersebut... Apabila sampai ke pusat tuisyen itu, saya telah lambat 10 minit. Semasa saya membuka pintu yang berwarna biru itu... saya terdapati tempat duduk saya telah 'DIJAJAHI' oleh pelajar yang lain... Geramnya~~ Terpaksalah beredar ke tempat duduk yang terakhir... Disebabkan oleh terhabisguna tenaga saya, saya berasa letih semasa berada dalam kelas Kimia tersebut. Selain itu, tempat duduk saya ada sedikit gelap menyebabkan saya tertidur dalam masa tuisyen Kimia tersebut...
Sampailah~~~~~~~ 10 minit sebelum masa tamat tuisyen itu... Saya berasa saya berdosa kerana saya telah membazirkan masa saya sendiri dan wang ibu bapa... Maaf ibu bapaku~~

No comments: