Tuesday, June 24, 2008

Hari ini adalah Hari "MUFTI"...?

Hari 'Mufti' adalah sehari di mana para pelajar di Sekolah SMK St. Columba boleh memakai baju biasa atau baju yang istimewa kecuali BAJU SEKOLAH!! Oleh itu, hari ini boleh dikatakan hari yang banyak disukai para pelajar, termasuklah saya...
Hari ini adalah Hari 'MUFTI' saya yang terakhir dalam seumur hidup, oleh itu, saya telah menggunakan hari ini untuk mengambil banyak gambar dengan kawan-kawan saya untuk menjadi satu kenangan pada masa hadapan kelak.
Hari sebegini tidak dapat dicari dalam sekolah menengah yang lain, oleh itu, hari ini dapat dikatakan hari yang istimewa untuk sekolah kami...
Walaupun saya telah mengambil banyak foto untuk saya sendiri, tetapi gambar-gambar ini tidak muncul dalam blog saya.
Saya rasa hari ini hanya ini sahajalah, sebab walaupun hari ini kami dapat memakai baju lain tetapi hari ini juga hari sekolah, kami juga haruslah belajar (walaupun kami tidak mengambil perhatian kerana kami sedang sibuk mengambil gambar... :P)...
Baiklah, setakat sini saja saya menceritakan hari 'Mufti' ini.. Jumpa lagi~

No comments: